Isnin, 20 Jun 2011

Pengembaraan di Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan salah 1 daripada pulau tercantik di dunia ( ni fakta bukan auta ).Untuk ke sana perlu naik feri bagi yang berbaget rendah ataupun gunakan kapal terbang ( Berjaya Air ) bagi yang ada duit lebih.

Pulau ni tak lah besar.Tengok je peta kat sebelah aku. Tu lah peta Tioman.Klu nak dikira dari segi kemudahan memang tak berapa nak mudah lah sebab masih mengekalkan keindahan alam semulajadi. Laut yang jernih, hutan yang masih terpelihara, haiwan yang berkeliaran & yang paling best mat saleh yang seksi ( termasuk dalam keindahan semulajadi ke? ) Tp yang best nye liputan 3G ada di setiap kawasan. Bagi yang ada phone canggih korang boleh lah bersembang 'face to face'.

Kalau naik kapal terbang kat sini lah korang akan turun. Pada aku ni lah kampung paling canggih yang aku pernah aku jumpa sebab di kampung ni ada lapangan terbang.Hebatkan? Mamat baju biru sebelah tu kawan baik aku masa di Politeknik Johor Bahru dulu.Kira rakan seperjuangan juga lah sebab pointer kami lebih kurang je setiap semester ( tapi bukan tiru tau ). Jangan salah paham.Gambar ni memang dekat airport tapi aku datang sini naik feri je.Tak cukup baget nak terbang.
Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort.Ni lah port aku & the geng menginap. Mesti ingat aku kaya kan sebab menginap di resort berbintang - bintang. Sebenarnya kami ke sini buat latihan industri ( praktikal lah ) selama 6 bulan. Aku, Akram, Ashraf & Adibah. Kami berempat pilih tempat ni sebab nak praktikal sambil melancong.Ha ha ha .

Inilah satu - satunya bank yang ada di pulau ni.Bank Simpanan Nasional. Di sinilah tempat yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara aku dengan ayah dan mak sebab segala bantuan kewangan disalurkan melalui bank ni.He he he

Ni lah aktiviti paling best di Pulau Tioman. Berenang di Taman Laut. Tempat ni agak dalam. Kata penduduk tempatan kalau air pasang kedalaman lebih 20 kaki. Yang best nye kat sinilah kita bleh tengok ikan & coral yang cantik - cantik macam dalam cerita 'Finding Nemo'.

Berbasikal pun best juga tapi pastikan basikal korang lengkap dengan brek sebab bukit - bukit pulau ni boleh tahan curamnye. Ramai sahabat - sahabat aku yang dah tergolek, terlentang & terbang. Tapi memang mencabar sebab naik bukit & turun bukit. Tu yang sampai buka baju sebab baju dah jadi berat akibat peluh yang melampau.

Mandi air terjun memang syok. Tak ramai pelancong yang tau kewujudan air terjun kat pulau ni sebab untuk ke sini perlukan bantuan penduduk tempatan. Kalau tidak belum tentu jumpa jalan. Kalau terjumpa pun takut tak jumpa jalan balik. Ha ha ha.

Ahad, 19 Jun 2011

1st time buat blog

Hari ni buat pertama kalinya aku diminta untuk mengaktifkan 1 blog & blog ni mestilah diisikan dengan catatan tentang rekreasi.Ini merupakan salah satu dari assesment untuk modul SPS 133 : 'Outdoor Recreation'.Walaupun tak mahir dalam bab blog ni, aku akan cuba buat yang terbaik ( ada markah beb )