Rabu, 7 September 2011

Kem Motivisi Untuk Dikongsi

Baru - baru ini saya pergi ke sebuah kawasan kem motivasi di Kota Tinggi, Johor. R & R Kota Minda. Bagi pendapat peribadi saya sendiri ia adalah sebuah kem yang cantik dan agak selesa. Ni peta untuk ke sana

 Berikut adalah antara kemudahan yang terdapat di situ.

Penganjur boleh memilih untuk menginap di khemah atau pun dorm
( 3 buah dorm. kapsiti 50 org / dorm )

Sebuah dewan terbuka


Sebuah dewan tertutup berhawa dingin


4 buah challet berhawa dingin ( 1 katil kelamin & 1 katil single )

Dewan solat

Dewan Makan

Berikut adalah antara aktiviti yang kerap dilakukan disana:

Berenang. Di sini terdapat sebuah kolam


Berbasikal


Karaoke

Tempat ini juga berdekatan dengan Suaka Burung Panti iaitu sebuah hutan simpan. Nampak macam mempromosikan lah plak.... Semua gambar dan sedikit info ini saya dapat semasa ke sana untuk lawatan tapak untuk Kursus Asas Pertolongan Cemas anjuran Kolej Perindu UiTM Shah Alam.Apa - apa pun sekadar untuk berkongsi. Mana lah tau ada dikalangan sahabat yang tercari - cari sebuah tapak kem untuk aktiviti ringan. Kota Minda pasti memuaskan hati anda....

Selasa, 6 September 2011

Kreatif & Inovatif ( K.I.K )

Berlaku 1 kejadian menarik semasa penerangan tentang orentering iaitu selepas sesi ikat, mengikat & terikat.

'Sifu' sedang memberi sedikit penerangan tentang orentering dengan hanya memberi gambaran berpandukan slide pada komputer riba tetapi perut yang kosong telah menyebabkan perkara remeh pun gagal kami paham. Kafeteria fakulti pula memang tiada sebarang peralatan bantuan mengajar seperti whiteboard, projektor, @ LCD. Mesti lah takde. Nama pun kafeteria dengan erti kata lain tempat untuk makan. Yang ada cuma kerusi, meja, sinki & papan kenyataan. Tetapi sesuatu perlu dilakukan bagi memudahkan kami memahami apa yang cuba disampaikan dan hasilnya.....

Papan kenyataan fakulti dijadikan sebagai 'tranparent board' dan kertas kotor sebagai pemadam. Kemudian barulah kami faham apa yang cuba disampaikan.....

Orentering

Terlupa pula nak kongsi 1 lagi aktiviti semasa perjumpaan terakhir kelas 'outdoor recreation' iaitu semasa sesi mengulangkaji kami diberi sedikit penerangan tentang 'orentering' iaitu suatu aktiviti yang menggunakan peta dan kompas untuk mencari sesuatu lokasi. Lebih kurang macam tu lah maksudnya.

Berikut adalah peralatan yang digunakan untuk aktiviti 'orentering' ni :

  • Orienteering Map ( Peta )
  • Orienteering Compass ( Kompas )
  • Control flag/marker ( Bendera Penanda )
  • Punches ( Penebuk Lubang )
  • Control Card
  • Whistle ( Wisel )
  • Red pen ( Pen Merah )

Alat - alat tersebut berfungsi sebagai :

Peta
Memberitahu struktur mukabumi keseluruhan kawasan dimana tempat aktiviti orentering diadakan

Kompas
Untuk menentukan arah yang hendak dituju

Bendera Penanda
Diletakkan pada 'checkpoint' bagi memastikan ia mudah dikesan

Penebuk Lubang
Merupakan penanda bagi setiap 'checkpoint'

Control Card
Bukti perjalanan ke setiap 'checkpoint'

Wisel
Keselamatan bagi masa - masa tertentu

Pen Merah
Mestilah untuk menulis apa -apa yang perlu. Tak kan untuk masuk pertandingan mewarna pulak. Ha ha ha

Sebelum mengakhiri tajuk kali ni apa kata layan dulu kartun ni. Di petik dari majalah Apo? karya kartunis lambok. Dalam Apo? tajuk dia Sketsa Kurun Ke-15 tapi untuk memandangkan aku post dibawah tajuk orentering aku tukar tajuk dia jadi Kalau Guna Kompaskan Senang....


Testing... Testing... 1.2.3. ( Kuiz Lah Pulak )

Sebaik sahaja selesai sesi ikat, mengikat & terikat kami diberi masa 5 minit untuk mengulangkaji sebelum menhadapi kuiz.... Jeng jeng jeng... Tak berape minat sebenarnye mengerah otak diwaktu perut kosong ( bulan puasa ) kerana mengikut teori aku tanpa merujuk pada mana - mana artikal ilmiah, mengunakan otak untuk berfikir ke tahap maksima ketika perut kosong boleh menyebabkan seseorang individu berbuka sewaktu azan zohor. Ha ha ha .... Ape aku melalut ni?


Ini lah bahan bacaan yang digunakan untuk mengulangkaji. Yang bestnye kuiz tu keluar soalan yang 95% sama dari apa yang kami baca. Tapi yang sengalnya masa tu boleh pulak aku blur. Perh............Sakit hati betul.....


Disebabkan blur aku pun usyar - usyar member sebelah untuk bertanyakan jawapan semasa 'line clear'. Ha ha ha.......

Selepas setengah jam berlalu maka kertas soalan pun dikutip dan harap - harap lah markah banyak.....

Ikat, Mengikat & Terikat ( Tali Oh Tali... )

Ok. Kali ni nak bercerita tentang jenis - jenis ikatan. Ini merupakan kelas terakhir kami pelajar SR113 e-PJJ untuk semester Jun-September 2011.

'Low Ropes Course' adalah beberapa buah teknik ikatan asas untuk menyeberangi sesuatu tempat rendah tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan. Berikut adalah teknik - teknik yang dimaksudkan
  • swinging tyres
  • balance beam
  • criss cross
  • multi vine
  • foot loop
  • burma bridge
  • jacob ladder
  • monkey cross
  • high postman walk
  • forward / backward tension traverse
  • chiken walk
  • leopard crawl
  • spider's web
Setiap ahli kelas kami dikehendaki memilih satu daripadanya untuk dijadikan model. Memandangkan ahli kelas kami cuma 12 orang & kelas tersebut berlangsung pada bulan puasa, 'sifu' telah memutuskan kami hanya perlu membuat model mini dan kafeteria fakulti menjadi tempat berlangsungnya aktiviti berkenaan.


Aku memilih 'chiken walk'. Dengan mengunakan seutas tali nylon yang agak panjang diperoleh daripada stor Pejabat Pengurusan Kolej Perindu & sebatang rod besi yang 'dipinjam' daripada salah sebuah almari pelajar di Kolej Perindu maka terhasilah halangan tali tersebut mengambil masa kira - kira 20 minit ( agak lama sebab aku ni blur sikit ).

Yang lain - lain ni hasil kerja rakan - rakan seperjuangan aku.

Swinging tyres



Foot loop

Leopard crawl


Balance beam



Criss cross


Jacob's ladder

Forward / backward tension traverse


Ok lah. Tu je lah cerita aku untuk kali ni. Aku nak membaca kejap. Bukan buku ilmiah tapi komik One Piece 62 : Penjelajahan ke Pulau Manusia Ikan. He he he ....

Jumaat, 26 Ogos 2011

Seminar Terakhir Yang Mengenyangkan...

Alhamdullillah.... Pada 21 Ogos 2011 berakhir lah seminar bagi e - PJJ sesi Jun - September 2011. Bertambah menarik lagi apabila semua tuntutan perbelanjaan Amali Perkhemahan Akhir 2011 dipulangkan pada minngu terakhir juga. Hasil persepakatan kesemua ahli kelas kami bersetuju menggunakan sebahagian wang tersebut untuk mengadakan 1 majlis berbuka puasa bersama pensyarah program dan Intekma Resort telah dipilih sebagai tempat berlangsungnya majlis tersebut....
Inilah iklan yang menarik kami ke sana. 50 jenis menu tau. Yang bestnya kambing golek. Perh....Sehingga menjilat pinggan.

Gambar semasa makan aku akan upload kemudian......

Rabu, 17 Ogos 2011

Sukan Lasak

Sukan lasak atau lebih dikenali sebagai 'sukan ekstrem' ( X Games ) juga merupakan salah satu daripada aktiviti rekreasi. Ia sesuatu yang menyeronokkan bagi yang meminati dan satu yang menakutkan bagi yang tak minat. Biasalah...Macam peribahasa Melayu kata " Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih". X Games sememangnya aktiviti yang mencabar dan berisiko kerana melibatkan ketinggian, kelajuan, serta memerlukan kemahiran tertentu dan dibantu oleh peralatan khas. X Games boleh dibahagikan kepada 3 katogori iaitu darat, udara dan air. Berikut adalah contoh X Games :

Darat
  • 'Indoor / Outdoor Climbing'
  • 'Advanture Racing'
  • BMX
  • 'Caving'
  • Motorcross
  • 'Skateboarding'
  • 'Moutain Biking'
Air
  • 'Powerboat Racing'
  • 'Scuba Diving'
  • 'Snorkeling'
  • 'Surfing'
  • 'Wakeboarding'
  • 'Windsurfing'
  • 'Kitesurfing'

Udara
  • 'Base Jumping'
  • 'Bungee Jumping'
  • 'Gliding'
  • 'Hang Gliding'
  • 'High Wire'
  • 'Sky Jumping'
  • 'Sky Diving'
Sedikit penerangan tentang sebahagian aktiviti X Games yang aku sebutkan di atas yang popular di Malaysia :

BMX ekstrem adalah aktiviti yang diilhamkan dari basikal di mana basikal dimainkan dengan gaya yang agak luar. Gambar di atas adalah sebahagian teknik yang terdapat dalam sukan ni. Ia menggunakan basikal khas. Jangan pandai - pandai guna basikal tua milik atok untuk berlatih kerana ia umpama mengundang bala kepada diri sendiri. Aktiviti ini memerlukan kemahiran tersendiri hasil dari latihan. Untuk sukan ini, jatuh, luka dan patah adalah normal. Aktiviti ini juga dipertandingkan.

'Wakeboarding' adalah aktiviti meluncur di atas permukaan air. Si penunggang akan ditarik oleh 'speedboat' atau jetski dengan kelajuan sekitar 17 - 24 km/jam bergantung kepada aksi yang hendak dilakukan. Aktiviti ini juga dipertandingkan.

'Bungee Jumping' antara aktiviti yang popular di dunia.Aktiviti dimana seorang individu itu akan memakai peralatan khas seperti tali dan topi keledar dan terjun dari satu tempat yang tinggi. Berikut adalah lokasi yang popular untuk aktiviti ini di Malaysia :
  • Menara KL
  • Sunway Lagoon
  • Kompleks Teruntum, Kuantan
  • Felda Residental Hotel, Terengganu
  • Menara Alor Setar, Kedah 
'Dont try this at home' kerana persediaan, perancangan dan teknik yang salah boleh meragut nyawa. Sebagai mengakhiri tajuk kali ni apa kata layan dulu kartun di bawah yang berkisarkan tentang kesalahan dalam 'bungee jumping'. Karya Petai, kartunis dari Majalah Apo?

Faedah 'Outdoor Recreation'

'Outdoor Recreation' atau dalam Bahasa Melayunya luar pintu rekreasi.Ha ha ha.Agak aneh bunyinya. Tu lah yang terjadi kalau Bahasa Inggeris diterjemah 100% ke Bahasa Melayu melalui kamus tanpa mempelajari 'grammar' ataupun tatabahasa. Tapi kali ni aku bukan nak bercerita tentang bahasa. Yang aku nak cerita tentang faedah rekreasi luar.

Aktiviti rekreasi juga dikenali sebagai riadah. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari aktiviti rekreasi ini antaranya mengurangkan tekanan perasaan, dapat mengimbangi mental disamping menguatkan stamina, memupuk perpaduan, menenangkan fikiran dan juga dapat menyihatkan badan.

Terdapat banyak aktiviti luar yang boleh kita pilih mengikut  kesesuaian, kesukaan serta kemampuan sendiri. Bagi sesetengah akiviti rekreasi yang mencabar kemahiran adalah perlu bagi mengelakkan kecederaan ataupun kejadian yang tidak diingini. Contohnya 'rock climbing'. Ini antara aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar tetapi perlu mengetahui asas serta teknik yang betul kerana silap langkah boleh membawa maut. Aktiviti rekreasi ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu darat, air, dan udara.

Dari aspek Islam juga menitik beratkan aktiviti rekreasi. Ini disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi :

علموا أولادكم السباحة والرماية ومروهم فليثبواعلى ظهور الخيل وثبا

Ertinya : Didiklah anak - anakmu berenang, memanah dan berkuda.

Mengikut kajian sainstifik 3 sukan yang dinyatakan dalam hadis diatas mengandungi banyak manfaat tersendiri. Berkuda misalnya, semasa pergerakan 'galloping' iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah - olah diurut. Selain itu seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda selalunya bebas dari mengalami sakit belakang. Malah menunggang kuda turut mencerahkan mata melalui ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah pula dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Sasaran tidak akan tepat sekiranay emosi terganggu secara tidak langsung dapat melatih pemanah untuk bersabar dan bertenang.Hal ini disokong lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Bazzar dan Thabarani, bermaksud "Belajarlah memanah kerana memanah itu adalah sebaik-baik permainan".

Renang juga mempunyai manfaat yang baik kerana ketika berenang seluruh anggota badan digerakkan. Berenang mampu melatih seseorang menjadi lebih berani.

Bedasarkan 3 contoh rekreasi di atas jelaslah bahawa banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam rekreasi. Kali ni aku terasa yang aku sedang menaip di ruang keagamaan lah pulak. Ha ha ha ...Siap ada hadis lagi. Maklumlah bulan puasa. Kena lah tulis perkara - perkara ilmiah. Baru dapat 'extra'. Kan ke dah masuk malam ke 17 iaitu antara malam istimewa yang dijanjikan bonus lailatulqadar. Untuk keterangan lain mengenai jenis - jenis dan contoh rekreasi luar, tunggu aku dapat idea lain....

Ok.....Nak buat qiamulail jap...Zzz...Zzz...Zzz...

Ahad, 14 Ogos 2011

Jenis - Jenis Khemah

Kali ni saya aku nak berkongsi sedikit maklumat mengenai jenis - jenis khemah yang agak popular dengan para peminat outdoor. Harap - harap info ni dapat menambah sedikit - sebanyak pengetahuan para pembaca mengenai khemah.

Bell Tent. Khemah ni kita selalu jumpa masa kat funfair. Jarang sekali orang pakai kat dalam hutan kat Malaysia melainkan orang tu memang bangsa Red Indian. Ha ha ha... Khemah jenis ni agak kukuh kerana disokong oleh ditiang di tengah - tengahnya ditambah pula dengan tali yang tegang disekelilingnya.

Frame Tent. Ini jenis khemah rangka besar. Ni pun sangat tak sesuai dibawa untuk outdoor. Berat beb...Slalu kita jumpa khemah ni di kenduri - kenduri kahwin.

Shelter. Khemah ni unik sikit. Askar selalu guna. Berfungsi menyembunyikan diri dari musuh selain sebagai tempat penginapan sementara macam khemah - khemah lain...Dari rupa je dah tau yang ianya memerlukan kemahiran yang agak tinggi untuk menyiapkannya.....
Ridge Tent. Khemah ni mungkin korang selalu jumpa. Mempunyai tiang melintang disepanjang bumbung. Selalu diperbuat dari meterial nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat. Sangat sesuai untuk aktiviti outdoor yang ramai ataupun sedikit. Kapasiti bergantung pada saiz.


Dome Tent. Ini adalah khemah yang paling glamor. Mudah dipasang, ringan, dan sangat sesuai untuk aktiviti outdoor. Berbentuk menggelembung dan menggunakan material yang fleksible.

Hammock. Ni bukan khemah tapi sejenis buaian yang sering digunakan semasa aktiviti outdoor. Bersifat ringan dan sangat mudah dipasang. Sesuai digunakan untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam.

Mungkin informasi ni tak cukup padat tapi ni jelah yang aku termampu untuk kongsi. Sebelum mengakhiri tajuk kali ni ape kata korang layan kartun kat bawah ni. Karya SAGU. Salah sorang kartunis yang aku minati dari majalah APO?. Khemah VS Hammock



Selasa, 9 Ogos 2011

Abseling ( Cabaran Tingkat 4 FSR )

Abseling. Ni pun antara aktiviti wajib bagi kursus outdoor recreation. Sepatutnya kami akan menuruni tingkat 11 Menara Berkembar UiTM tapi disebabkan bulan puasa tingkat 11 direndahkan menjadi tingkat 4 dan tempat pun bertukar dar Menara Berkembar UiTM ke FSR.

Wafi dan Razif sekali lagi menjadi fasilitator kami. Bagus betul budak 2 orang ni.Mempunyai minat yang cukup mendalam tentang outdoor recreation. Harap - harap aku dapat contohi dia.

Ni lah peralatan - peralatan yang digunakan untuk abseling. Kernmantle rope, harness, carabiner, figure 8, helmet, slings, rope bag, dan glove.
Sifu kami, En Hisyam memberi sepatah dua kata sambil memegang kamera kesayangan sebelum aktiviti abseling dijalankan.
Dalam apa jua situasi, gaya adalah penting. Ha ha ha... Pakaian kami ditaja oleh Majlis Sukan Negara.Tepukan gemuruh untuk Kak Aisyah.

Sebagai fasilitator, saudara Wafi menunjukkan teknik yang betul kepada kami...Walaupun tak lah tinggi sangat tapi sebarang kejadian yang tidak diingini tetap boleh berlaku sekiranya cuai. Nanti tak pasal - pasal beraya di hospital.

Jeng jeng jeng....Aku lah peserta pertama untuk aksi ini. Bukan nak tunjuk berani cuma aku ni jenis yang lemah bila dengar kata orang. Bila jadi orang pertama aku tak akan dengar kata - kata yang boleh melemahkan semangat. Aku yang melemahkan semangat orang adalah....

Masa ni perasan tu tak dapat nak kata........Tapi bila dah makin rendah & dah tambah confident aksi pun bertukar....

Spiderman Style...Masa ni kalau toreh dengan pisau pun muka aku belum tentu berdarah...Pucat gila walaupun dah sampai tingkat 2.

Walaubagaimana pun aktiviti abseling ni memang menyeronok kan.Lepas ni nak pujuk sifu untuk turun tingkat 11 pula....

Isnin, 8 Ogos 2011

Amali Perkhemahan Akhir

Tanjung Harapan di Lenggong, Perak menjadi tempat pilihan bagi kami, pelajar e-PJJ 2011 untuk melakukan aktiviti amali perkhemahan. Tempat ini dipilih kerana banyak kemudahan yang terdapat di sana dan yang paling penting sekali tempat ini juga menjadi tempat pilihan bagi pelajar sepenuh masa. Jadi tak perlulah kami pikul barang - barang yang berat contohnya kayak dan tangga.Pinjam je dari mereka.Ha ha ha...Maaf ye pelajar full time...
Shoping. Ni perkara pertama yang kami laksanakan selepas bendahari selesai mengumpul dana. Tesco Shah Alam menjadi tempat kami membuat sistem butter iaitu menukar wang kertas dengan barang. Penuh lah juga 2 troli.
Inilah bas yang telah dipertanggungjawabkan untuk membawa kami pergi dan balik. Pemandunya pun peramah. Bagi sesiapa yang berbakat dalam tikam ekor bleh lah try beli.4555. Kot kot lah kena kan kaya....
Untuk ke Tanjung Harapan perlu melalui Tasik Chenderoh.Ni tengah tunggu bot datang ambik. Sebenarnya ada jalan darat, tapi cuma pensyarah dan fasilitator je yang dibenarkan lalu jalan tu. Tapi tak kisah pun. Baru mencabar. Nama pun amali perkhemahan...
Main tarik tali. Ha ha ha ...Ini di antara persediaan awal yang kami lakukan sebaik sahaja tiba. 2 jam diberikan untuk menyiapkan 4 khemah iaitu khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan & khemah penginapan.Perkhemahan yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini memang menyeronok kan. Banyak perkara menarik yang aku pelajari terutamanya tentang aktiviti air. Lagipun sedari kecil lagi aku memang minat betul main api dan air ni. Cita - cita dulu nak jadi bomba tapi mak tak bagi. Hu hu hu...

Ni salah satu hasil yang tercipta dalam masa 2 jam.Khemah dapur. Di sinilah tempat segala jenis juadah disediakan. Bakat - bakat terpendam dari chef di seluruh semenanjung digunapakai bagi memastikan perut tidak mengalami kelaparan. Walaupun tak brape cantik tapi kukuh tau...
Malam tu kami belajar teknik - teknik ikatan dan kesesuaian dalam menggunakan teknik ikatan. Ada jenis - jenis ikatan yang tak berapa sesuai digunakan semasa proses mendirikan khemah petang tadi.

Lepas belajar main tali kami belajar asas pertolongan cemas dan tenaga pengajar untuk sesi ni kami import khas dari UiTM Jengka. Kesian sahabat aku kena jadi model untuk CPR.
Pemakaian life jaket sangat penting bagi aktiviti yang melibatkan air. Walaupun korang ada browns medal sekalipun jangan mengada - ngada tak nak pakai sebab nyawa bukan boleh beli. Manalah tau tiba - tiba korang kejang ke pitam ke dalam air, life jacket lah yang dapat membantu. Nak harapkan aku tolong baca Al - fatihah boleh lah. Nak selamatkan korang lemas aku kena fikir 4@5 kali.
Macam yang aku kata tadi aku memang suka bab - bab main air ni. Capsaize iaitu teknik memanjat semula kayak yang terbalik.Ini salah satu kemahiran wajib dalam kayak.Bukan senang nak naik balik kalau kayak terbalik. Jadi asas ini sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai  sebelum memulakan ekspidisi kayak. Cuba bayangkan kalau situasi ini berlaku tanpa korang pakai life jaket....Hu hu hu

Tazkirah. Ni pun kira aktiviti best lah juga...Ha ha ha .Yang baju hijau tengah bercakap tu En. Hisyam. Dia lah sifu kami untuk outdoor recreation ni. Masa ni dia tengah bagi komen tentang aktiviti kayak tadi.

Buddy sistem iaitu teknik berpasangan.Ini penting dalam apa jua aktiviti luar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Macam Arca Septiasa kata 'Berdua Lebih Baik'. Ni masa aktiviti survival.Tengah cari kayu api sebelum hari gelap.
Hari pun malam....Masa ni tengah sentri.Kami bergilir - gilir mengikut taraf kengantukkan mata sebab jam takde. Fasilitator ambik...Masih lagi menggunakan buddy sistem iaitu secara berpasangan.Cuma pasangan aku takde dalam gambar sebab gambar ni dia lah yang petik.

Aktiviti seterusnya : 'Jungle Tracking'. Destinasi yang dituju ialah Bukit Mandi Angin.Kami bergerak dalam satu formasi dimana yang paling hadapan perperanan sebagai parangman diikuti navigator, leader, strongman dan spliter. Perjalanan untuk menawan Bukit Mandi Angin agak mencabar. Merentasi highway, rumah - rumah kampung, anak - anak sungai dan hutan. Krew kami tak dibenarkan sampai ke puncak atas sebab - sebab yang tak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun pemandangan dari pertengahan bukit amat mempesonakan dan memuaskan hati kami. Sebaik sampai dipertengahan iaitu kawasan tanaman limau bali, kami berhenti rehat dan makan sebelum kembali ke khemah pusat.

Penat dari ekspedisi jungle tracking masih belum hilang, kami terpaksa mengharungi 1 lagi cabaran menarik. Hanya beg sahaja yang dibenarkan menaiki bot. Habis tu kami macam mana? BERENANGLAH.....Tengok dalam gambar pun dah tau. Yang baju hijau tengah tayang gigi ni Wafi. Salah seorang fasilitator kami. Dia hanya memberi semangat kepada kami dari dalam bot.....

Program dah pun hampir sampai ke penghujung. Ni sesi membersihkan segala peralatan yang dipinjam dari Stor FSR. Yelah tak kan nak pulangkan kotor - kotor kot. Sesi membersih ni mengeratkan lagi silaturrahim antara kami. Tak percaya tengok gambar. 1 berus 4 orang. Hu hu hu...

Selepas selesai pemulangan semua perlatan kami mengadakan sedikit posy mortrem bagi mengenal pasti pencapaian  dan kelemahan program. Bagi pendapat peribadi aku sendiri tanpa disokong oleh mana - mana fatwa dari ahli falsafah program Amali Perkhemahan Akhir e-PJJ SR113 memang menyeronokkan.