Rabu, 17 Ogos 2011

Faedah 'Outdoor Recreation'

'Outdoor Recreation' atau dalam Bahasa Melayunya luar pintu rekreasi.Ha ha ha.Agak aneh bunyinya. Tu lah yang terjadi kalau Bahasa Inggeris diterjemah 100% ke Bahasa Melayu melalui kamus tanpa mempelajari 'grammar' ataupun tatabahasa. Tapi kali ni aku bukan nak bercerita tentang bahasa. Yang aku nak cerita tentang faedah rekreasi luar.

Aktiviti rekreasi juga dikenali sebagai riadah. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari aktiviti rekreasi ini antaranya mengurangkan tekanan perasaan, dapat mengimbangi mental disamping menguatkan stamina, memupuk perpaduan, menenangkan fikiran dan juga dapat menyihatkan badan.

Terdapat banyak aktiviti luar yang boleh kita pilih mengikut  kesesuaian, kesukaan serta kemampuan sendiri. Bagi sesetengah akiviti rekreasi yang mencabar kemahiran adalah perlu bagi mengelakkan kecederaan ataupun kejadian yang tidak diingini. Contohnya 'rock climbing'. Ini antara aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar tetapi perlu mengetahui asas serta teknik yang betul kerana silap langkah boleh membawa maut. Aktiviti rekreasi ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu darat, air, dan udara.

Dari aspek Islam juga menitik beratkan aktiviti rekreasi. Ini disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi :

علموا أولادكم السباحة والرماية ومروهم فليثبواعلى ظهور الخيل وثبا

Ertinya : Didiklah anak - anakmu berenang, memanah dan berkuda.

Mengikut kajian sainstifik 3 sukan yang dinyatakan dalam hadis diatas mengandungi banyak manfaat tersendiri. Berkuda misalnya, semasa pergerakan 'galloping' iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah - olah diurut. Selain itu seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda selalunya bebas dari mengalami sakit belakang. Malah menunggang kuda turut mencerahkan mata melalui ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah pula dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Sasaran tidak akan tepat sekiranay emosi terganggu secara tidak langsung dapat melatih pemanah untuk bersabar dan bertenang.Hal ini disokong lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Bazzar dan Thabarani, bermaksud "Belajarlah memanah kerana memanah itu adalah sebaik-baik permainan".

Renang juga mempunyai manfaat yang baik kerana ketika berenang seluruh anggota badan digerakkan. Berenang mampu melatih seseorang menjadi lebih berani.

Bedasarkan 3 contoh rekreasi di atas jelaslah bahawa banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam rekreasi. Kali ni aku terasa yang aku sedang menaip di ruang keagamaan lah pulak. Ha ha ha ...Siap ada hadis lagi. Maklumlah bulan puasa. Kena lah tulis perkara - perkara ilmiah. Baru dapat 'extra'. Kan ke dah masuk malam ke 17 iaitu antara malam istimewa yang dijanjikan bonus lailatulqadar. Untuk keterangan lain mengenai jenis - jenis dan contoh rekreasi luar, tunggu aku dapat idea lain....

Ok.....Nak buat qiamulail jap...Zzz...Zzz...Zzz...

1 ulasan:

hisyamchemat berkata...

rekreasi luar da takda luar pintu.